• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dibunuh Suaminya Selepas Beberapa Jam Berkahwin

oleh AK-47
09/10/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tragis, ini perkataan yang sesuai bagi menceritakan apa yang berlaku di Indiana baru-baru ini apabila seorang wanita ditemui mati dibunuh oleh suaminya hanya selepas beberapa jam mereka melangsungkan perkahwinan.

Dalam kejadian itu, suami wanita  terbabit, George “Scott” Samson membunuh diri dengan kesan luka tembakan di badannya di rumah mewah milik mereka .

Sebelum ditembak, isterinya, Kelly Samson sempat membuat dua panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa memberitahu Samson akan mencederakannya dan memiliki sepucuk pistol.

Kali ketiga Kelly menelefon pihak polis bagi meminta bantuan kedengaran bunyi tembakan yang akhirnya memyebabkan panggilan terputus.

Samson yang merupakan seorang doktor pakar bius dikatakan bertengkar dengan isterinya ketika majlis perkahwinan mereka sedang berlangsung.

Keadaan itu mewujudkan suasana kurang senang sehingga menyebabkan para tetamu yang hadir dalam majlis resepsi itu beransur pulang .

1412699313369_wps_60_An_argument_at_their_wedd

Kelly bersama rakannya di Majlis Perkahwinannya
Kelly bersama rakannya di Majlis Perkahwinannya

Menurut rakan-rakan mangsa, walaupun perkahwinan itu merupakan yang kedua bagi Samson dan Kelly namun majlis perkahwinan yang diadakan berlangsung meriah dan gembira.

Ramai tidak menyangka mereka mempunyai sebarang masalah.

Paling menyedihkan ialah mayat Kelly ditemui oleh anak lelakinya hasil perkahwinan lalu yang baru berusia 10 tahun.

Polis mengatakan George Samson menggunakan sebuah pistol semiotomatis berkaliber 45 untuk membunuh isterinya dan kemudian digunakannya untuk bunuh diri.

Kelly Samson merupakan seorang jururawat yang juga berkerja di hospital yang sama iaitu Hospital Union dengan suaminya.

rumah mewah George dan isterinya
Rumah mewah George dan isterinya

Malangnya, nasib pasangan ini dan sungguh tragis pengakhiran hidup mereka.

Bayangkan… khemah perkahwinan mereka masih lagi dipasang di ruang taman berhadapan rumah mereka ketika kejadian itu berlaku.-mynewshub.cc

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd