• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Minat Terajui FAM Kerana “Banyak Kerja Di Johor”

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya banyak kerja untuk dilaksanakan di Johor. Lagipun ramai lagi calon yang lebih layak untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

Itu reaksi Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pandangan ramai pihak, baginda paling layak menerajui FAM ekoran kejayaannya membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala AFC 2015.

Malah, baginda menegaskan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah paling layak untuk terus menerajui FAM selaku Presiden badan induk bola sepak negara tersebut.

“Pada pandangan saya, Tengku Abdullah lebih layak meneruskan usaha baginda dan Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) serta YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) selain Datuk Jamal Nasir Ismail (bekas pemain bola sepak kebangsaan) yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Memandangkan mereka lebih berpengalaman berbanding saya yang cetek pengalaman,” titah baginda dalam satu wawancara seperti disiarkan laman Facebook rasmi ‘Harimau Selatan’, Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu menegaskan perjalanan pasukan JDT masih jauh dan banyak perlu dilakukan untuk pasukan itu pada masa depan.

Baginda turut menegaskan kini sedang memberi tumpuan terhadap musim 2016 memandangkan pasukan JDT kini bergelut dengan isu kecederaan yang dialami beberapa pemainnya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd