• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ebola Menular Ke Eropah, Jururawat Dijangkiti

oleh AK-47
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRUS merbahaya , Ebola kini dilaporkan menular ke Sepanyol apabila seorang jururawat disahkan positif virus terbabit.

Memetik laporan agensi AFP, jururawat berusia 40 tahun itu mengadu tidak sihat pada 30 September lalu tetapi hanya pergi ke hospital pada Ahad kerana mengalami demam panas.

Hasil dua ujian mengesahkan dia dijangkiti virus yang setakat ini membunuh lebih 3,400 orang di barat Afrika.

Pengarah Kesihatan Utama Madrid, Antonio Alemany berkata, wanita terbabit sebahagian daripada pasukan perubatan di Hospital La Paz-Carlos III di mana dua warga emas Sepanyol yang juga pendakwah maut ketika menerima rawatan untuk Ebola selepas pulang dari Afrika.

Jururawat itu kemudian pergi bercuti sehari selepas kedua-dua pesakit berkenaan meninggal dunia pada 25 September lalu. Dia yang sudah berkahwin namun tiada anak kini diasingkan daripada pesakit lain di Alcorcon yang terletak di pinggiran Madrid.

Pegawai perubatan Sepanyol kini berusaha menyiasat mereka yang mungkin terdedah kepada virus dibawanya dan setakat ini memantau 30 orang termasuk suami dan rakan sekerja untuk memastikan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.

Berita jangkitan itu menyebabkan ramai mempertikaikan keputusan kerajaan Sepanyol memanggil semula pendakwahnya di Afrika. Malah ada yang turut mempertikaikan sejauh mana hospital Sepanyol mampu menangani kes Ebola.

Dua pesakit dalam jagaan jururawat terbabit adalah paderi, Miguel Pajares yang meninggal dunia pada 12 Ogos lalu dan Manuel Garcie, 69, yang maut pada 25 September lalu.

Pajares adalah pesakit pertama yang dihantar pulang ke Eropah untuk mendapat rawatan.:-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

Tags: EbolaEropahjururawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd