• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM51 Juta Rebat Tol Plusmiles Belum Dituntut

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM51 juta rebat tol bagi program ganjaran rebat PLUSMiles masih belum dituntut pengguna, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah rebat tol yang layak dituntut pengguna sejak dilancarkan dari 2009 hingga 30 September 2015 ialah sebanyak RM72 juta.

“Bagaimanapun, setakat ini hanya RM21 juta sahaja rebat tol atau 29 peratus yang dituntut pengguna,” katanya menjawab soalan Dr. Mansor Abd Rahman (BN-Sik) yang meminta kementerian menyatakan jumlah yang telah dituntut pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Rosnah berkata tuntutan rebat tol PLUSMiles itu sah untuk tempoh 12 bulan sahaja, justeru rebat yang tidak dituntut selepas tempoh berkenaan akan dianggap terbatal.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mansor yang mahu tahu adakah PLUS bercadang memberi rebat secara terus, Rosnah berkata setakat ini mekanisme berkenaan masih belum dilaksanakan, mengambil kira kekangan dalam sistem sedia ada.

“Namun PLUS dengan kerjasama Touch ‘n Go akan sentiasa terbuka terhadap cadangan dan penambahbaikan kepada perkhidmatan yang diberikan dan PLUS akan terus mengkaji mekanisme pemberian rebat terbaik untuk pengguna,” katanya.

Sementara itu, Rosnah berkata untuk tujuan penebusan, setiap pengguna PLUSMiles perlu mendaftar setiap kali membuat pembelian kad bagi melayakkan mereka mendapat rebat.

Beliau berkata proses pendaftaran boleh dilakukan sama ada di kaunter khidmat pelanggan PLUS atau secara atas talian.

“Namun untuk menebus rebat, pengguna perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk proses verifikasi iaitu semakan sebelum rebat dapat dikreditkan ke kad masing-masing. Kalau tiada masalah, proses penebusan hanya ambil masa lima minit,” katanya. – BERNAMA

Tags: RebatTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd