• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letusan Gunung Berapi Rinjani: 700 Penerbangan Di Bali Batal

oleh
06/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENPASAR - Lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai di Bali terpaksa ditutup kepada semua penerbangan pada Rabu susulan letusan anak gunung berapi Rinjani di Lombok wilayah Nusa Tenggara Barat sejak Selasa.

Ia sekali gus mengakibatkan 692 penerbangan dibatalkan dan perkara itu disahkan ketua pihak berkuasa Ngurah Rai, Yusfandri Gona, di Badung di sini ekoran tahap letusan mencecah jarak ketinggian sehingga 3.5 kilometer.

“Jumlah ini sudah meliputi ratusan laluan internasional dan domestik,” katanya serta menjelaskan penerbangan yang dibatalkan itu terdiri daripada pendaratan 183 penerbangan tempatan dan 157 penerbangan antarabangsa.

Baca: Bali Sunyi Sepi Sempena Hari Raya Nyepi

rinjani0411_620_373_100

Sementara itu ujar Yusfandri yang dipetik oleh akhbar berpengaruh Kompas, jumlah pembatalan perlepasan untuk penerbangan domestik di Ngurah Rai ialah 189, manakala 163 lagi untuk perlepasan internasional.

PT Angkasa Pura 1 Denpasar, syarikat pengurusan lapangan terbang milik pemerintah Indonesia pada kelaziman menguruskan secara purata lebih 400 penerbangan sehari di Bali melibatkan hampir 200 syarikat penerbangan.

Pihak lapangan terbang pulau peranginan popular itu memberikan kemudahan pengangkutan secara percuma ke terminal Ubung atau memberikan petunjuk panduan untuk menyewa kenderaan menuju ke Surabaya dari Bali.

Ribuan penumpang yang terkandas dilaporkan mengambil keputusan untuk melalui cara darat menuju ke bandar-bandar utama di wilayah Jawa, khususnya ke Surabaya yang terletak sejauh 422 kilometer menerusi jalan pantai.

ngurah-rai

Surabaya menjadi destinasi paling dekat kerana lapangan terbang antarabangsa Juanda tidak ditutup dan masih lagi dapat digunakan oleh para penumpang dari Bali untuk meneruskan perjalanan udara dengan pesawat lain.

Ngurah Rai ditutup sejak Selasa dan kemungkinan dilanjutkan lagi sehingga Khamis ini susulan letusan tersebut menyelubungi Selat Lombok selain Bali dan lapangan terbang jirannya, Blimbingsari di bandar Banyuwangi.

Dianggarkan lebih 6,000 penumpang terlibat dengan pembatalan penerbangan di Ngurah Rai dan ini turut menjejaskan jadual penerbangan di Soekarno-Hatta, Jakarta apabila pesawat keluar masuk Bali dilarang terbang.

Sebelum ini, Ngurah Rai dan lapangan terbang berjiran, Selaparan di Lombok, Pulau Mataram pernah ditutup akibat perkara yang sama iaitu letusan gunung berapi Raung di wilayah Jawa Timur pada awal Julai lalu. – Agensi/Myneshub.cc/HAA

Tags: Baligunung berapi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

05/12/2025
0

PULAU BALI – Tular sebuah video memaparkan detik seorang pelancong terkejut menemui ‘air terjun’ berbau busuk seperti kumbahan manusia ketika...

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

26/11/2025
0

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah JAKARTA, 26 November 2025 – Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd