• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Bukan Punca Utama Nilai Ringgit Susut – Johari

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan punca utama kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika (USD), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kemerosotan itu disebabkan empat faktor, termasuk jangkaan pelabur asing mengenai kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Faktor lain ialah kedudukan ekonomi dunia seperti pertumbuhan yang perlahan di China dan kejatuhan harga komoditi seperti minyak mentah.

Katanya sentimen negatif lain seperti usul undi tidak percaya yang dibangkitkan pihak pembangkang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, juga merupakan antara faktornya.

“Kalau kita nak menyentuh soal 1MDB, negara seperti Rusia, New Zealand, Australia dan Brazil, mereka juga mengalami kejatuhan nilai mata wang, walaupun tidak ada 1MDB.

“Walaupun sentimen negatif telah menyebabkan para pelabur, khususnya pelabur asing, berada dalam keadaan ketidaktentuan, ia bukan bukan punca utama kejatuhan nilai ringgit,” katanya semasa sesi soal jawab kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) di Dewan Rakyat.

Shamsul Iskandar meminta Kementerian Kewangan menyatakan pendirian mengenai kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang berpendapat bahawa susutan nilai ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang apabila isu 1MDB diselesaikan.

Kata Johari, dalam tempoh September 2014 hingga Oktober 2015, ringgit susut sebanyak 21.6 peratus berbanding USD yang turut didorong aliran keluar pelaburan portfolio, khususnya pelabur asing.

Mata wang asing serantau juga mengalami penyusutan nilai antara 5.9 dan 19.5 peratus berbanding USD dalam tempoh yang sama, katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd