• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Mangsa Bunuh Hilang Di Tapah Sejak 2012

oleh
04/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Empat mangsa bunuh dibakar dan abunya dibuang ke sungai dalam satu kes pembunuhan ngeri di Tapah.

Mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, dilaporkan hilang di Tapah sejak 2012.

Mangsa merupakan seorang pekebun dan broker tanah berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Ogos lalu, seorang wanita yang juga pengusaha bas persiaran berusia 56 tahun (hilang 1 Mac 2014), jurujual alat ganti kenderaan berusia 54 tahun (hilang 15 Jun 2014) dan pekerja bengkel berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober 2012.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hasan, berkata semua mangsa dipercayai dibunuh pada hari sama dilaporkan hilang di bengkel suspek yang terletak di Jalan Pahang di Tapah.

“Siasatan awal polis mendapati motif pembunuhan pelbagai iaitu daripada masalah hutang, urus niaga penjualan tanah yang gagal dan pekerja yang mencuri barangan majikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, petang ini.

Hasnan berkata, polis masih menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam itu lebih daripada empat orang terbabit.

Sehubungan itu, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan terdiri daripada pegawai Bukit Aman, IPK Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah diketuai Ketua Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Goh Kok Liang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama iaitu pengusaha bengkel berusia 57 tahun mempunyai tujuh rekod jenayah antaranya pecah rumah, penipuan, mencuri dan pecah amanah.

perak
Bengkel milik suspek.

Katanya, siasatan awal juga mendapati seorang lagi anak suspek lelaki yang bekerja sebagai mekanik di bengkelnya berusia 20 tahun turut terbabit.

Sementara itu, beberapa cebisan tulang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, cebisan tulang berkenaan ditemui di lokasi kejadian di Tapah dan dibawa ke hospital untuk analisis lanjut oleh pakar forensik bagi mengesahkan sama ada ia tulang manusia atau sebaliknya.

perak2
Sungai dipercayai lokasi abu dan tulang dibuang.

Sumber berkata, tulang yang mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses analisis selanjutnya.

“Pihak forensik polis juga akan mengambil sampel DNA keluarga mangsa yang disyaki dibunuh dalam kes itu bagi proses padanan DNA,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: bunuhTapah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd