• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Timbang Keputusan Haram Penggunaan E-Rokok

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.

“Kita (kementerian) jangkakan pelbagai akta boleh diguna pakai di bawah kementerian tertentu dan kita akan pilih akta yang bersesuaian.

“Penggunaan vapor ini perlu dihentikan penggunaannya sebelum ia menjadi suatu masalah yang lebih besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui entri laman Facebooknya mengesahkan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana mengikut hukum Islam, penggunaan vapor itu sama seperti rokok sebenar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Dilaporkan juga sebelum ini, beberapa pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap kanser disebabkan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

Justeru itu, pelbagai pihak termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMA) telah menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan vapor kerana didapati mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna. – BERNAMA

Tags: kesihatanvapor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus Seimbang – Ismail Sabri

01/02/2021
0

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd