• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Kajian Pelaksanaan ISM Dibentang Awal Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil penyelidikan bagi pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang sedang dalam kajian ketika ini dijangka dibentangkan kepada kerajaan awal tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata hasil kajian itu akan dibentangkan apabila dapatan penyelidikan diperoleh dari lima universiti yang sedang menjalankan penyelidikan berhubung ISM.

“Antara universiti yang terlibat dengan penyelidikan ISM ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang perundangan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang politik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang ekonomi dan kesihatan serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang budaya, sosial, prasarana dan persekitaran,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan dilakukan Panel Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah dalam mengukur tahap komitmen Kerajaan dalam lapan sektoral iaitu Perundangan, Pendidikan, Ekonomi, Budaya, Prasarana, Kesihatan Politik dan Sosial.

Katanya majlis menandatangani perjanjian kerjasama penyelidikan (MoA) ISM bersama lima universiti berkenaan diadakan pada 8 September lepas dan kerjasama dengan pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri turut dijalankan.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata kaedah penyelidikan ISM adalah berasaskan kajian rintis yang dibangunkan oleh UIAM merangkumi prinsip maqasid syariah, mekanisme pembinaan ISM, metodologi dan pengiraan skor.

“Kaedah penyelidikan ISM yang digunakan berasaskan kepada dua kaedah iaitu analisis dokumen dan kaji selidik,” katanya yang membuat kemunculan sulung di Dewan Rakyat selepas dilantik sebagai timbalan menteri.

Beliau berkata kaedah pengukuran skor ISM pula diperoleh dengan mengambil kira purata pemberat tiga indeks iaitu indeks syariah (pembuat dasar), indeks syariah (pelaksana dasar) dan indeks syariah (masyarakat) yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar statistik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kaedah itu boleh dirujuk dalam buku Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah yag diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiISM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd