• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menari Untuk Berzikir Dilarang Syarak – Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sudah memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.

Mufti Kerajaan Negeri, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.

Beliau berkata perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri.

Mohd Asri memberitahu pemberita selepas merasmikan seminar Maqasid Syariah peringkat kebangsaan di Dewan Warisan di sini, hari ini.

“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.

“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” tambahnya.

Mohd Asri berkata riwayat tersebut pula tidak sahih dan pendalilan dibuat di luar konteks.

Beliau bagaimanapun berkata zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syarak seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya dibolehkan dan terpuji.

“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” katanya.

Mohd Asri berkata tamayul atau gerakan yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain juga tidak dilarang.

Beliau berkata walaupun menari untuk berzikir tidak dikesan berlaku di Perlis, pihak berkuasa tidak boleh alpa membuat pemantauan berterusan untuk mencegahnya sebelum dapat bertapak di negeri ini. – BERNAMA

Tags: BerzikirmenariMuftiPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta...

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd