MALE – Naib Presiden Maldives, Ahmed Adeeb, ditahan hari ini, kerana disyaki terbabit dalam letupan bot laju milik presiden negara itu, bulan lalu.
Adeeb ditahan di lapangan terbang sebaik tiba dari lawatan rasmi ke China.
Jurucakap polis, Ismail Ali, berkata Adeeb sudah dibawa ke pusat tahanan.
Pada 28 September lalu, bot laju milik Presiden Yameen Abdul Gayoom, yang baru pulang dari mengerjakan haji di Makkah meletup, namun beliau dan isteri terselamat.
Sejurus kejadian, khabar angin mengatakan Adeeb terbabit dengan pengeboman itu mula tersebar, namun beliau menafikannya.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai cubaan membunuh. – AP
[wpdevart_youtube]rsD8GsFXnIk[/wpdevart_youtube]

