• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Indonesia Sudah Pun Merebak Ke Filipina

oleh
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Setelah dua negara mangsa ‘tradisi’ jerebu setiap tahun iaitu Malaysia dan Singapura, Filipina pada Jumaat muncul sebagai sebuah lagi negara terbaharu selepas Thailand menerima ‘kabut asap’ dari Indonesia.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, jerebu kini sudah mula menyelubungi sebahagian besar daripada kawasan selatan wilayah Filipina yang bersempadan dengan perairan negeri Sabah, di timur Malaysia.

Pegawai kesihatan tempatan telah mengeluarkan garis panduan menasihati penduduk khasnya kanak-kanak dan pesakit masalah pernafasan yang berada di kawasan terjejas dengan jerebu supaya segera memakai pelitup hidung.

Puluhan penerbangan domestik di lapangan terbang pulau peranginan popular Cebu dan Negros juga terjejas akibat jarak penglihatan yang buruk, menurut jurucakap Badan Penerbangan Awam Filipina, Eric Apolonio.

Syarikat kebangsaan, Philippine Airlines dan sebuah syarikat penerbangan bajet, Cebu Pacific juga membatalkan semua penerbangan antara ibu kota, Manila dengan bandar Dumaguete di bahagian tengah Filipina pada Jumaat.

Baca: Jerebu – IPU Palangkaraya Cecah 3,000 Rekod Paling Gila!

Juga: Jokowi Arah Sekolah Terjejas Jerebu ‘Tutup’ Sebulan

Kedua-dua syarikat tempatan itu turut membatalkan atau menangguhkan banyak penerbangan rutin ke 10 buah lapangan terbang awam di wilayah Mindanao, sehingga menjejas ribuan penumpang termasuk pelancong asing.

Ramai juruterbang dilaporkan langsung tidak nampak landasan di lapangan terbang Davao, bandar raya terbesar Mindanao dengan 1.5 juta penduduk; dan terpaksa berlegar-legar di udara lebih sejam sebelum boleh mendarat.

Dengan jarak penglihatan hanya 1.2 kilometer berbanding normal 10 kilometer, kelewatan berlepas dan mendarat turut memberi kesan kepada lapangan terbang Manila yang sibuk mengendalikan lebih 40 penerbangan sejam.

Selatan Filipina terletak sejauh 1,200 kilometer daripada zon kebakaran hutan di wilayah Kalimantan, Indonesia yang menyebabkan jerebu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencecah 3,000 pada Khamis.

Jurucakap badan kajicuaca kebangsaan, Manny Mendoza berkata, kesan ribut tropika Typhoon Koppu yang kuat membadai utara Filipina pada 18 Oktober lalu juga mengakibatkan asap jerebu terperangkap di negara tersebut.

Pada kelaziman ujar beliau, jerebu tidak mungkin berlaku tanpa ada ribut taufan dari Lautan Pasifik, namun tiupan angin monsun timur laut membawa jerebu dari Indonesia ke selatan Filipina. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: IndonesiaJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd