• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu Indonesia Atasi AS, Terburuk Selepas China

oleh
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Akibat jerebu yang ditimbulkan daripada kebakaran hutan dan ladang, Indonesia kini boleh berbangga apabila kini menjadi pengeluar gas karbon yang lebih banyak berbanding Amerika Syarikat (AS).

Walhal, AS selama ini memegang rekod sebagai sumber utama pencemaran udara atau gas rumah kaca kedua kedua di dunia setelah China yang memang sejak dahulu lagi terkenal dengan langit sentiasa berjerebu teruk.

Menurut laporan kajian World Resources Institute (WRI), pelepasan karbon akibat jerebu di Indonesia telah melampaui purata harian pencemaran udara di seluruh AS selama 26 hari daripada 44 hari sejak September.

Penyelidikan badan dunia itu menunjukkan lonjakan signifikan kerana selama ini AS merupakan sumber gas rumah kaca kedua selepas China manakala Indonesia biasanya dikategorikan oleh WRI pada tempat kelima.

“Pembakaran tanah gambut begitu signifikan untuk pelepasan gas rumah kaca kerana kawasan terlibat simpan jumlah karbon yang terbanyak di dunia dan terperap selama ribuan tahun,” jelas WRI baru-baru ini.

Baca: Jerebu IPU Palangkaraya Cecah 3,000 Rekod Paling Gila!

Juga: Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia

palang5.jpg.transformed

Institut berpusat di AS yang ditubuhkan sejak 1982 dengan 450 saintis terbaik dunia; dilaporkan menggunakan data berasaskan rekod kebakaran global untuk kajiannya, seperti dipetik oleh agensi berita antarabangsa AFP.

Secara khusus, WRI menyatakan bahawa fungsi pembakaran tanah gambut yang lazim diamalkan untuk dijadikan kawasan pertanian sebagai penyebab utama kepada pelepasan gas rumah kaca di serata dunia khasnya Indonesia.

“Pengeringan dan pembakaran tanah ini untuk perluasan ladang pertanian, seperti mengubah fungsi perkebunan kelapa sawit atau kayu-kayan untuk produk kertas, menyumbang peningkatan besar dalam gas rumah kaca.”

Namun laporan terbaharu WRI mendedahkan setelah beberapa penyelidik melakukan penilaian tahap kebakaran hutan dan ladang yang melanda Indonesia sepanjang tahun ini adalah paling parah sejak 1997 lalu.

Herry Purnomo, saintis Center for International Forestry Research, misalnya, berpandangan keadaan itu disebabkan ketahanan ekosistem Indonesia lebih luas susulan penanaman industri perhutanan dan kelapa sawit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd