• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Disiplin Didakwa Cabul Murid Sekolah

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan, April tahun lepas.

Ahmad Rapaie Mohammad, 54, didakwa memeluk dan mencium murid perempuan yang ketika kejadian berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di depan stor dalam Bilik Media, di sebuah sekolah di sini pada 1.20 tengah hari, 30 April 2014.

Tertuduh yang ketika kejadian juga merupakan guru disiplin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Agus Rosman memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya sudah bersara awal kerana menghidap kanser lutut, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan abang tertuduh membayar jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 13 Nov untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Agus supaya anak guamnya dibenarkan duduk sepanjang prosiding kerana dia tidak boleh berdiri lama akibat kanser lutut yang dihidapinya. – BERNAMA

Tags: Gurukes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

03/04/2026
0

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd