• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan DNA Rangka, Murid Orang Asli Diketahui Jumaat

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap satu rangka dan satu mayat yang ditemui ketika pencarian sekumpulan murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi awal bulan ini, akan diketahui Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata ia akan menjurus kepada penentuan identiti seorang lagi kanak-kanak yang masih hilang dan yang sedang dicari oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita akan mengetahui siapa yang tidak dijumpai lagi, sama ada Linda Rosli, 8, ataupun Haikal Yaakob, 8,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Pencegahan Jenayah Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Khamis.

Pada 16 Okt lepas, Jabatan Kimia mengesahkan identiti mayat kanak-kanak yang ditemui pada 9 Okt adalah Ika Ayel, 9, dan satu rangka yang ditemui pada 11 Okt ialah Juvina David, 7.

Sebelum itu, pada 7 Okt, pasukan SAR menemui satu mayat kanak-kanak yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8, oleh anggota keluarganya, manakala pada 8 Okt pula, pasukan sama menemui satu tengkorak dan beberapa tulang rusuk kanak-kanak yang tidak diketahui identiti.

Dua lagi kanak-kanak tersebut – Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11 – ditemui hidup pada 9 Okt selepas hilang selama 48 hari di dalam hutan apabila bertindak melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos kerana takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Mazlan sebelum ini berkata ujian DNA terhadap mayat dan rangka yang ditemui tetap dijalankan bagi mendapatkan kepastian identiti mangsa di sebalik pengecaman oleh anggota keluarga terlibat. – BERNAMA

Tags: Orang Aslipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian terhadap pertikaian tanah...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd