• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Kuching Lama Akan Dibangunkan Sebagai Zon Warisan

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bandar Kuching lama, bermula dari Gereja Katolik St Joseph ke Bazaar Utama, Jalan Gambir, Fort Margherita, hingga ke Astana dan Bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya di sini, akan dibangunkan sebagai zon warisan.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata projek itu dimulakan dengan pembinaan sebuah bangunan kampus muzium di tapak bekas bangunan Dewan Tun Abdul Razak, yang dirobohkan.

Katanya, sebuah jambatan baharu juga akan dibina bagi menghubungkan bangunan kampus muzium berkenaan dengan bangunan muzium lama di seberang jalan berkenaan.

“Fasa pertama projek ini melibatkan kos RM400 juta dan adalah diharapkan keseluruhan projek berkenaan akan siap menjelang akhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis pelancaran buku “Sarawak Historical-Landmarks” di sini hari ini.

Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan kos keseluruhan projek berkenaan dan sekadar berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, pelaksanaan projek ini bertujuan memulihara nilai warisan dan sejarah bandar Kuching lama.

“Sarawak Historical-Landmarks” ditulis pengarang tempatan terkenal, Heidi Munan.

Sementara itu, Heidi berkata buku berkenaan menceritakan secara ringkas pelbagai tempat bersejarah yang terdapat di negeri terbesar di Malaysia ini.

Katanya, kandungan buku itu membawa pembaca mengembara bermula dari bahagian barat Sarawak, Kuching, kemudian ke bahagian tengah dan timur serta berakhir di bahagian yang bersempadan dengan Brunei, dan Gua Niah. – BERNAMA

Tags: sarawakwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd