• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Sedia Tambah Aset Bantu Padam Kebakaran Hutan Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menambah aset-aset ketenteraan serta aset daripada pelbagai agensi berkaitan bagi membantu memadam kebakaran hutan di Indonesia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbincangan telah dibuat dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menambah penggunaan aset seperti pesawat Hercules C-130 yang boleh digunakan untuk proses pembenihan awan bagi memadam kebakaran hutan.

“Saya sempat berbincang dengan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimana Bomba dan pasukan SMART mereka boleh membantu kita dan bagaimana kita boleh kerahkan lebih banyak pesawat Hercules C-130 untuk proses pembenihan awan di Indonesia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata ketika ini, pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dikerah untuk memadam kebakaran di Indonesia telah kembali ke negara ini bagi menjalani proses penyelenggaraan.

“Bombardier kembali untuk diselenggara sekejap sahaja kerana di rantau ini hanya Malaysia sahaja yang ada pesawat ini, kita ada dua tetapi satu lagi sedang diselenggara. Insya-Allah hujung tahun ini kita boleh kerah semula ke Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Tags: HishammuddinKebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd