• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM Jadi Hambatan Kepada Pelajar Luar Bandar

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Rancangan menjadikan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencetuskan kebimbangan berhubung kesannya kepada pelajar luar bandar terutamanya berkaitan dengan faktor hambatan dan kekurangan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dalam usaha melaksanakan langkah itu, Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang berkembang dalam memastikan negara benar-benar bersedia melaksanakan syarat wajib lulus tersebut.

Menurut beliau syarat wajib lulus itu mempunyai beberapa kelemahan terhadap pelajar luar bandar yang tidak bersedia kerana isu dan cabaran situasi di kawasan luar bandar.

“Kementerian bimbang sistem ini memberi kesan kepada pelajar luar bandar. Saya percaya pembelajaran yang baik perlu diberi penekanan terlebih dahulu sebelum kita memutuskan untuk meneruskan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM,” katanya di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau pada The 4th International Conference on English Language Teaching (ICELT) 2015 dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rahim Abu Bakar.

Ismail Sabri berkata bagi membaiki pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar, guru-guru perlu menggunakan cara yang lebih kreatif dan baru untuk mengajar bahasa itu.

Menurut beliau para guru perlu mempelbagaikan bahan pengajaran bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, bermotivasi dan lebih dekat kepada persekitaran pembelajaran-pengajaran.

“Kita tidak boleh menafikan peranan bahasa Inggeris, maka penting bagi kita sebagai negara membina persekitaran yang sesuai yang menyokong pembelajaran dan penggunaan bahasa itu.

“Ia bukan sekadar mendapatkan guru yang mahir dalam bahasa itu tetapi untuk menjadi lebih baik dan kreatif secara keseluruhan,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd