• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Masa Pakai Topeng Muka Ketika Jerebu

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan kerajaan menetapkan dan menyelaraskan masa kepada rakyat untuk memulakan penggunaan pemakaian topeng muka ketika situasi jerebu melanda negara.

Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-BN) berkata langkah itu perlu bagi memastikan rakyat sentiasa peka terhadap masalah kesihatan terkini terutama ketika masalah jerebu yang kembali melanda.

“Jadi, Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 ini penting supaya kesedaran rakyat meningkat selain memastikan mereka sentiasa peka dengan masalah kesihatan terkini,” katanya ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Berdasarkan pemantauan sehingga pukul 1 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kebanyakan kawasan berkenaan masih berada pada tahap tidak sihat.

Dalam pada itu, Noor Azmi mencadangkan kerajaan mengambil perhatian terhadap restoran 24 jam kerana masalah penyakit hari ini tidak hanya tertumpu kepada penyakit tidak berjangkit, tetapi lebih kepada gaya hidup masyarakat.

Sementara itu, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja-Amanah) pula mencadangkan kerajaan mewujudkan jawatan pegawai pendidikan di sekolah bagi mendidik anak-anak tentang pemakanan dan gaya hidup sihat sejak awal usia mereka.

Beliau berkata pewujudan jawatan itu penting bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan dan menentukan cara hidup masyarakat di negara ini.

Siti Mariah turut menyarankan supaya kualiti makanan yang dijual di restoran berada dalam keadaan terbaik untuk menjamin kesihatan masyarakat.

Persidangan disambung esok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]b6lFtIN84O4[/wpdevart_youtube]

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd