• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR, DAP Selangor Bertelagah Isu Bazar Deepavali

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun berada di bawah satu bumbung politik Pakatan Harapan, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil rakyat DAP terus bertelegah sesama sendiri berhubung isu Bazar Deepavali di Sungai Way yang menimbulkan kontroversi.

Semalam, Ahli Parlimen Subang PKR, R.Sivarasa meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP, Tony Pua jangan menyibuk tentang urusan Bazar Deepavali di kawasan tersebut kerana Selangor kini ditadbir PKR.

Hari ini, Tony Pua membalas kenyataan itu dengan menggesa Sivarasa jangan cuba memberi syarahan kepada beliau tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh wakil rakyat walaupun beliau seorang Ahli Parlimen DAP.

“Dia (Sivarasa) tidak mempunyai rasa hormat untuk menelefon saya bertanya apa yang berlaku Khamis lalu sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk syarahan bagaimana saya perlu melakukan kerja saya sebagai Ahli Parlimen.

“Pertama sekali, saya tidak mahu tahu bagaimana dia (Sivarasa) menguruskan hal ehwal kawasannya sendiri, tetapi ia bukan polisi saya untuk mengabaikan kepentingan kawasan saya walaupun ia melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Sivarasa meminta Tony Pua yang Pengerusi DAP Selangor supaya jangan menyibuk tentang urusan Bazar Deepavali di Selangor yang ditadbir PKR.

Beliau sebaliknya meminta Tony selaku pemimpin DAP terus memberi tumpuan ke atas kerja-kerja membangkit-bangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sivarasa membuat kenyataan itu bagi membidas tindakan Tony menuduh dua pemimpin PKR di Kelana Jaya sebagai gengster yang mengawal kawasan tersebut.

Tony baru-baru ini mendakwa Setiausaha PKR Kelana Jaya, S.Murali dan seorang lagi pemimpin parti itu yang digelar sebagai Samy melakukan aktiviti-aktiviti gengster di Kelana Jaya termasuk memeras ugut peniaga di kawasan tersebut.

Beliau turut mendakwa Murali dan Samy mengetuai sekumpulan gengster yang terdiri daripada ahli PKR bertindak mengugutnya ketika mengadakan sidang media di hadapan Kuil Easwari di Sungai Way baru-baru ini. – mynewshub.cc

Tags: R.SivarasaTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd