• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamidah Juara Da’i Pendakwah Milenia

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam – Da’i Hamidah muncul juara program Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini sebentar tadi.

Kemenangan Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi, pakej umrah dan saham PNB selepas mengutip markah keseluruhan sebanyak 85.9 peratus.

Hamidah turut dipilih sebagai Da’i Pilihan D’Herbs dengan membawa pulang trofi dan iPad.

Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Fuad dan Da’i Hidayu terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan.

Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie manakala Ustaz Badli Shah Alaudin selaku juri jemputan.

Sementara itu juri awam terdiri daripada barisan artis dan personaliti Media Prima seperti Erra Fazira, Dari Seri Umie Aida, Memey Suhaiza, Aida Gadis Melayu, Da’i Adibah, Norman Hakim, Syafiq Kyle, Saiful Nizam dan Da’i Farhan.

Sistem penjurian masih mengekalkan konsep sama iaitu 70 peratus daripada juri profesional, 20 peratus daripada juri awam dan 10 peratus lagi daripada undian penonton.

Hamidah yang berasal dari Kedah ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kemenangan itu dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.

“Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini.

“Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong,” katanya.

Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan selawat untuk junjungan Nabi Muhammad SAW.

Program dihoskan Datuk Rosyam Nor.

Tiga finalis diuji dengan dua segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama lima minit menerusi tajuk pilihan masing-masing dan pada segmen kedua, mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri profesional sebelum diberikan soalan huraian selama tiga minit.

Da’i musim ketiga ini dibawakan secara eksklusif oleh produk D’Herbs Holdings Sdn Bhd selaku penaja utama. – myMetro Online

Tags: tv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

Legenda Wartawan TV3, Datuk Karam Singh Walia Meninggal Dunia

06/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Dunia kewartawanan negara kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila wartawan penyiaran tersohor, Datuk Karam Singh Walia...

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd