• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Cubaan Israel Ubah Ciri-Ciri Bandar Baitulmuqaddis

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali mengutuk tindakan Israel mencetuskan provokasi, keganasan dan semua percubaan untuk mengubah ciri-ciri dan status bandar suci Baitulmuqaddis.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim berkata segala percubaan jahat seperti itu secara jelas mencabul pelbagai resolusi Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB.

“Sekali lagi, majlis itu telah diberi amaran mengenai situasi ibarat sebuah bom jangka yang berdetik di wilayah diduduki Palestin ketika rakyatnya semakin terdesak akibat ditindas, dihina setiap hari di bawah pendudukan paling lama dalam sejarah moden.

“Namun sekali lagi, majlis ini tidak berbuat apa-apa,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB Mengenai Situasi Timur Tengah dan Persoalan Palestin di New York, semalam. Teks ucapannya dihantar ke Bernama di sini.

Ramlan berkata Perhimpunan Agung, Jawatankuasa Khas Bagi Menyiasat Amalan Israel Menjejas Hak Asasi Penduduk Palestin dan Jawatankuasa Mengenai Pelaksanaan Hak Mutlak Rakyat Palestin bersungguh-sungguh melaporkan pelbagai kekejaman oleh kuasa penjajah itu tahun demi tahun sejak beberapa dekad lepas,.

Namun, katanya usaha itu tidak menghasilkan sebarang langkah berkesan untuk menangani bentuk ketidakadilan yang serius.

Oleh itu, Ramlan berkata Malaysia menggesa majlis itu supaya segera bertindak memandangkan situasi semakin meruncing bagi menangani punca konflik dan akhirnya mencari titik noktah kepada pendudukan paling lama dalam sejarah moden.

“Jika kita terus ‘buta’ kepada msalah ini, maka tidak ada keraguan bahawa kita akan membayar harga yang lebih tinggi pada masa depan, sekali gus menjejaskan kepentingan jangka panjang Palestin, Israel dan dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: IsraelMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd