• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Seru Melayu Tolak Mitos PAS Itu Islam!

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah lama terpedaya dengan mitos politik yang diwar-warkan oleh pemimpin PAS selama ini kononnya PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kaum Melayu perlu berhenti daripada mempercayai mitos itu jika berhasrat melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang harmoni, bersikap sederhana dan mempunyai masyarakat plural yang berjaya.

“Tiada apa yang boleh menjadi lebih memecah-belahkan dan menjejaskan matlamat untuk memupuk minda Malaysia yang progresif dan inklusif daripada meragui pegangan agama orang lain hanya kerana mereka bukan penyokong parti politik tertentu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa fahaman kaum Melayu bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO juga satu mitos yang menyumbang kepada kerosakan negara.

Tegas beliau, mitos itu menyumbang kepada satu mitos lain iaitu kepentingan kaum Melayu akan terjejas jika UMNO tewas dalam perjuangan politiknya.

Beliau memberi jaminan kepentingan kaum Melayu tidak akan terjejas jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah negara kerana Perdana Menteri baharu akan tetap dilantik dalam kalangan Melayu.

“Lagipun majoriti kakitangan kerajaan dan angkatan bersenjata adalah orang Melayu. Raja-raja Melayu pun masih ada,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]HMixoug6kaw[/wpdevart_youtube]

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd