• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Rompin Dipilih Sebagai Pengerusi PAC

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 yang dimuat naik dalam Portal Rasmi Parlimen Malaysia, malam tadi.

Ia merupakan satu usul yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pada persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Usul itu memerlukan sokongan majoriti anggota Parlimen sebelum Hasan dilantik mengetuai jawatankuasa Parlimen itu.

Hasan sebelum ini memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin pada 5 Mei lepas dengan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, pula dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet yang dilakukan Najib pada 28 Julai lepas.

Dalam pada itu, aturan urusan mesyuarat itu turut menyatakan bahawa Perdana Menteri akan mencadangkan satu lagi usul iaitu perlantikan tiga anggota Parlimen bagi menggantikan anggota sebelum ini dalam Jawatankuasa Pemilih.

Mereka adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka akan menggantikan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlantikan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen Ke-13. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]RnSPDyqRqvo[/wpdevart_youtube]

Tags: PAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd