• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Sedia Pendidikan Terbaik Bagi Kawasan Pedalaman

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELAGA (Sarawak) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kelulusan pelbagai projek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun di daerah Belaga.

Ini termasuk pembinaan kuarters kediaman 20 guru, trek padang baharu, gelanggang sukan serbaguna, kemudahan makmal sains untuk pelajar dan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah di kawasan pedalaman Sarawak itu.

Dalam lawatan sulung beliau bagi meninjau kemajuan sektor pendidikan di sini sejak menjawat jawatan pemimpin nombor dua negara, beliau turut bertekad untuk mengkaji permohonan mewujudkan tingkatan enam di sekolah berkenaan dan mempertimbangkan geran penternakan ikan di kawasan Tasik Bakun serta kemudahan jalan raya yang lebih baik.

Ahmad Zahid berkata segala kemudahan itu bagi memenuhi keperluan dan permintaan penduduk tempatan, yang menurutnya, dapat dilaksanakan dengan lancar, pantas, serta efisien ekoran kerjasama erat dan hubungan akrab kerajaan negeri dan persekutuan.

Semua keperluan itu antara perkara yang dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang, dalam ucapan beliau terdahulu di majlis perasmian SMK Bakun di sini yang disempurnakan oleh Ahmad Zahid.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir anak Kujat; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ahmad Zahid berkata Sarawak adalah antara negeri yang sentiasa mendapat peruntukan pembangunan yang tinggi setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia ke-10, dan tahun lepas 22 sekolah yang merangkumi projek pembinaan baharu, gantian penuh dan ubah suai naik taraf bangunan sekolah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata di bawah RMK-10, sebanyak 650 projek pembangunan fizikal institusi pelajaran di Sarawak disiapkan, manakala 83 lagi sedang dalam pembinaan, dan tahun ini menyaksikan sejumlah RM235.2 juta disediakan khusus untuk peruntukan pembangunan bagi negeri Bumi Kenyalang itu.

Katanya tahun lepas juga menyaksikan transisi murid daripada etnik Iban, Kayan dan Kenyah ke tingkatan satu mencatatkan kadar yang tinggi, menjangkau antara 91 hingga 100 peratus, manakala bagi kumpulan etnik seperti Kelabit, Melanau, Murut dan bumiputera lain di Sarawak adalah antara 81 hingga 89 peratus.

Selain itu, beliau berkata di Sabah dan Sarawak, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan jumlah guru daripada kalangan anak negeri dengan sasaran dalam tempoh tiga tahun lagi, 90 peratus daripada kalangan guru yang mengajar di Sabah dan Sarawak adalah daripada kalangan anak negeri tempatan.

SMK Bakun yang mula dibangunkan dengan menumpang di bangunan SK Methodist Kapit pada tahun 2002 dengan pelajar tidak sampai 100 orang, kini memiliki 1,217 pelajar dengan bilangan tenaga pengajar menjangkau 87 orang.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sarawak kemudiannya berlepas untuk meninjau sekitar kawasan Empangan Hidro Bakun, dan projek pembinaan jalan raya Jiwa Murni di kawasan Belaga. – BERNAMA

Tags: KerajaanPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd