• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Harap Aksi Dengan Al-Qadsia Dilangsungkan

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berharap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi kemenangan percuma dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFC 2015.

Baginda sebaliknya berharap perlawanan antara JDT dengan kelab bola sepak dari Kuwait, Al-Qadsia SC di Stadium Larkin di Johor menentukan pasukan yang mara ke peringkat akhir.

“Kami berharap perlawanan separuh akhir menentang Al-Qadsia SC di Larking akan dilangsungkan,” titah baginda seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim dan Jurulatih JDT, Mario Gomez.

Laporan media tempatan Kuwait, The Times, menyebut Persatuan Bolasepak Kuwait (KFA) berdepan penggantungan FIFA sekiranya tidak menyelesaikan masalah berkaitan undang-undang di negara itu.

Situasi berkenaan memungkinkan KFA berdepan penggantungan aktiviti dengan penyertaan skuad kebangsaan mereka pada kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 akan terjejas.

Malah menurut laporan berkenaan, Kuwait juga akan dilarang menjadi tuan rumah Piala Negara Teluk yang dijadualkan bermula Disember nanti.

“Kelab Kuwait terutamanya Al-Qadsia SC juga akan dinafikan hak beraksi pada separuh akhir kedua Piala AFC,” menurut laporan berkenaan. - MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTPiala AFCTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd