• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan ‘Roll-Call’ Perlu Terus Dibudayakan Dalam PDRM

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Amalan perbarisan dan taklimat ‘roll-call’ perlu terus dibudayakan dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak perbuatan menyeleweng dari tugas, sekali gus menjadikan jabatan kekal relevan menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Sabah, SAC Omar Mammah berkata setiap anggota perlu mendalami tugas berdasarkan pengetahuan dan arahan semasa bagi mempertingkat mutu serta mempamerkan cara penugasan yang baik.

“Pegawai atasan perlu beri ingatan kepada pegawai bawahan dan arahan perlu diberitahu dari semasa ke semasa, sentiasa beri taklimat yang berkaitan penugasan dan ia perlu dijadikan budaya seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau oleh ACP Awang Besar Dullah kepada Supt Mustaffa Maarof Mustaffa (memangku KPD) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini.

Mengulas mengenai majlis itu, Omar berkata Awang Besar telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang menyandang jawatan KPD Tawau.

Awang Besar yang bertugas di Tawau hampir tiga tahun (dari Disember 2012) akan bertukar ke Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebagai Ketua Staf Siasatan Esscom. – BERNAMA

Tags: PDRMRoll-CallSabah
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd