• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Harap Isu 1MDB Dapat Selesai Dalam 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, yang digugurkan daripada kabinet pada Julai lepas, berkata beliau tidak mahu menjangka terlebih dahulu sama ada masalah 1MDB dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

“Ini bukan tanggungjawab saya, mereka yang terlibat bertanggungjawab selesaikan masalah kerana saya di luar kerajaan. Untuk berlaku adil kita tunggu masa,” katanya dalam sidang media atas jemputan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berhubung penahanan peguam Matthias Chang dan anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika sidang media kira-kira sejam itu sedang rancak berlangsung, Dr. Mahathir tiba-tiba membacakan berita terkini melalui telefon pintar yang dihulurkan Tengku Razaleigh mengenai pendakwaan terhadap Chang dan Khairuddin.

Bagaimanapun, Muhyiddin melahirkan kekhuatiran sekiranya isu 1MDB itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang dirancang.

“Kalau selesai bagus. Kalau tidak, mungkin banyak implikasi lain yang akan timbul dan membawa kesan yang lebih besar,” katanya.

Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Seremban pada Ogos lalu berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1MDB dan memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu.

Muhyiddin berkata adalah penting bagi kerajaan menyelesaikan isu 1MDB memandangkan ia telah lama berlarutan.

“Saya fikir beliau (Najib) seorang yang bijak…terpulang kepada beliau untuk mempertimbangkan apa yang terbaik beliau perlu lakukan demi negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd