• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Minta Parti Amanah Jangan Masuk Campur

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tetap komited untuk membawa masuk PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam Pakatan Harapan.

Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam satu kenyataan media memberitahu, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat PKR semalam.

“PKR komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif.

“Keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak,” tegas kenyataan itu malam tadi.

DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menentang kuat penyertaan PAS dalam Pakatan Harapan kerana mengganggap pemimpin PAS sebagai golongan penipu dan pengkhianat.

PAN turut membantah penyertaan PSM kerana membantah Perlembagaan Negara mengenai hak keistimewaan Bumpitera.

PSM dilihat ramai sebagai sebuah parti yang tidak sesuai di negara ini memandangkan ideologi sosialis mengenepikan aspek agama.

Selain itu, PKR dalam kenyataan itu menyeru semua parti pembangkang agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain.

PKR turut membidas Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil dan menasihati beliau supaya menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti PKR.

“PKR berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu,” tegas kenyataan itu.

Faiz baru-baru ini menggesa PKR supaya meninggalkan PAS dan meminta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak terhegeh-hegeh meminta PAS menyertai PAN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Parti Amanah NegaraPASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

Mahasiswa Keadilan Malaysia Umum Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar?

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media didakwa oleh Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Parti...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd