• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Sukan Seluruh Negara Berjalan Lancar – Khairy

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua aktiviti bersempena sambutan Hari Sukan Negara hari ini berjalan lancar di seluruh negara walaupun keadaan jerebu masih membelenggu negara.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan di bawah paras 100 dan berada pada tahap sederhana di seluruh negara termasuk di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Port Dickson.

Katanya beliau amat berpuas hati dengan sambutan masyarakat di seluruh negara terhadap Hari Sukan Negara yang ditetapkan pada Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun.

“Saya yakin kita akan mencapai sasaran melebihi 3 juta rakyat. Itu tidak termasuk di sekolah-sekolah yang sebahagian besar sekolah menganjurkan aktiviti sukan hari ini.

“Kami dah keluarkan garis panduan tiga hari yang lepas. Kalau melebihi 150 memang mereka akan batalkan aktiviti yang dianjurkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sambutan Hari Sukan Negara di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Majlis sambutan Hari Sukan Negara yang julung kalinya hari ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 5,000 peserta hadir memeriahkan sambutan itu yang turut menyediakan pelbagai aktiviti sukan termasuk ‘Fun Walk’ sejauh dua kilometer yang turut disertai Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Khairy berharap agar lebih ramai penganjur turut sama menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada masa hadapan selepas melihat kejayaan sambutan sulung hari ini.

“Harap lebih ramai penganjur tampil pada tahun depan sebab ramai penganjur yang tidak yakin dengan penganjuran kali ini.

“Sudah pasti tahun pertama penganjuran kita, mungkin ada kelemahan yang boleh diperbaiki pada tahun-tahun akan datang. Penyelarasan dijalankan di seluruh negara dan saya puas hati persiapan yang telah dibuat,” katanya.

Lebih 17,000 program sukan dianjurkan di seluruh negara termasuk di peringkat daerah, kampung, sekolah dan institusi pengajian tinggi sempena sambutan Hari Sukan Negara melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. – BERNAMA

 

Tags: Hari Sukan NegaraKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd