• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Kesal Dengan Kenyataan ‘Mengelirukan’ Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai syarikat sarat hutang adalah mengelirukan, kata 1MDB.

Dalam kenyataan di sini, hari ini syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu berkata Muhyiddin sebagai bekas anggota Kabinet ‘memang tahu bahawa nilai aset 1MDB melebihi hutangnya’.

“Sebagai anggota Kabinet ketika 1MDB ditubuhkan, Muhyiddin amat sedar struktur modal 1MDB. Dengan RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh pemegang saham iaitu Kementerian Kewangan, 1MDB menjana modal di pasaran yang merupakan hutang kepada akaun syarikat,” katanya.

Walaupun syarikat itu memberi penjelasan berulang kali, namun ia kesal dengan tindakan beberapa ahli politik dan bekas ahli politik mencanang maklumat separuh benar mengenai syarikat itu.

“Ia kini jelas bahawa ini merupakan sebahagian daripada serangan sengaja dan bermotifkan politik untuk mensabotaj bukan sahaja rancangan tawaran awam permulaan (IPO) dalam bidang jana kuasa sebelum ini tetapi juga pelaksanaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan sekarang,” katanya.

Ia berkata bahawa banyak perniagaan di Malaysia dan di luar negara telah menggunakan hutang untuk membina dasar aset mereka dengan berjaya.

Dalam kes 1MDB, ia berkata daripada jumlah ekuiti RM1 juta, jumlah ekuiti pemegang saham berkumpulan sebanyak RM1.7 bilion telah dijana setakat 31 Mac 2014.

“Walau apa pun cabaran semasa dan berikutnya, yang didokumenkan dan perakui dengan baik, 1MDB tetap yakin untuk menjana lebihan nilai ketika melangkah maju dalam pelan rasionalisasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd