• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Bomba Jalani Latihan Simulasi Uji Tahap Kecekapan Anggota

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis hari ini mengadakan latihan simulasi operasi menyelamat mangsa kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, di sini.

Ketua Cawangan Praktikal Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Kelantan, Timbalan Penguasa Bomba Nazizul Hasmarizal Haja Mydin berkata latihan simulasi itu adalah untuk menguji tahap ketangkasan dan kecekapan anggota bomba termasuk mengguna peralatan menyelamat mangsa kemalangan.

“Dalam latihan ini, kemalangan melibatkan tiga kereta. Tiga mangsa masih hidup tetapi parah dan seorang mati. Kita menilai tahap kecekapan anggota memberi bantuan dan menyelamat mangsa,” katanya kepada pemberita selepas tamat latihan simulasi itu di sini, hari ini.

Nazirul Hasmarizal berkata latihan simulasi itu melibatkan 20 anggota termasuk anggota polis, tiga jentera bomba dan satu kenderaan Unit Komander (kenderaan yang membawa peralatan menyelamat).

“Latihan itu melibatkan beberapa proses menyelamat antaranya menstabilkan orang awam dan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, komunikasi dengan mangsa, mengeluarkan mangsa, dan pembersihan kawasan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata latihan itu diadakan sekali setiap sebulan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran anggota bagi mencapai ‘masa bertindak’ mengikut petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

“Latihan ini penting kerana setiap kelemahan yang dikesan akan diambil tindakan termasuk prosedur tindakan,” tambah Nazirul Hasmarizal.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang memandu melalui kawasan lokasi latihan turut memberhentikan keretanya kerana menyangka berlaku ‘kemalangan’, dan kemudian meluangkan masa melihat latihan dijalankan setelah mengetahui ianya hanya latihan. – BERNAMA

Tags: Bombalatihan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd