• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan SK Taman Samudera Terbakar Di Gombak

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan Taman Samudera di Gombak, dekat sini terkejut apabila mendengar loceng penggera kecemasan sekolah dibunyikan dan diarahkan segera meninggalkan bilik darjah masing-masing pada 11.45 pagi tadi.

Selepas semuanya berhimpun di tapak kecemasan sekolah itu, mereka diberitahu oleh seorang guru mengenai kebakaran yang membabitkan separuh daripada tingkat tiga di bangunan sekolah berusia 22 tahun itu.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Mastini Suffian, berkata ketika kejadian, sebahagian daripada murid berkenaan baru selesai menduduki peperiksaan Psikometrik Kaunseling dan Jawi, Quran dan Fardu Ain (J-QAF) manakala sebahagian lagi mengikuti kelas pembelajaran biasa.

“Saya hanya sedar tentang kebakaran itu apabila loceng penggera kecemasan dibunyikan. Selepas itu, saya bersama-sama guru lain mengarahkan lebih 300 murid supaya segera meninggalkan bilik darjah masing-masing dan berkumpul di tapak kecemasan,” katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu membabitkan bilik darjah bagi Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5.

Ditanya sama ada pihak sekolah akan meneruskan peperiksaan itu esok, Mastini berkata beliau perlu menunggu arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Sekolah itu mengandungi 2 blok bangunan tiga tingkat yang secara keseluruhannya menempatkan 10 bilik darjah, Bilik Guru, Perpustakaan, Bilik Kaunseling, Stor Meja dan Stor Buku.

Sementara itu, Komander Operasi, Azman Mahat berkata seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Balai Bomba Selayang dan Balai Bomba Rawang diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.53 pagi.

“Tiada mangsa yang cedera dan kebakaran dapat dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya kebakaran itu memusnahkan lima bilik darjah, sebuah stor meja dan sebuah stor buku.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian sedang disiasat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd