• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Gerakan PP Gesa Anggota ASEAN Kuat Kuasa AATHP

oleh AK-47
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini menggesa negara anggota ASEAN supaya menguatkuasakan dengan tegas Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) bagi menangani isu jerebu yang melanda rantau ini.

Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata keadaan jerebu yang melanda negara sejak bulan lepas adalah yang terburuk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Jerebu yang sedang melanda bukan sahaja menjejaskan kesihatan masyarakat, tetapi turut melibatkan tambahan kos yang tidak sepatutnya seperti peningkatan masalah kesihatan selain penutupan sekolah dan lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata menurut siaran akhbar daripada Sekretariat ASEAN pada 20 Jan 2015, Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia telah menyerahkan dokumen bagi meratifikasi AATHP.

“Ini bermakna kesemua negara anggota ASEAN telahpun meratifikasi AATHP untuk mempertingkatkan kecekapan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN dalam mengendalikan pencemaran jerebu rentas sempadan,” katanya.

Bagaimanapun, Oh berkata kerajaan persekutuan mesti mewarta dan melaksanakan undang-undang pencemaran jerebu rentas sempadan bagi menangani krisis itu.

Katanya langkah itu akan membolehkan Malaysia mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di beberapa negara ASEAN.

Beliau turut menggesa semua negara anggota ASEAN supaya menyegerakan usaha dalam menyelesaikan isu pencemaran jerebu rentas sempadan melalui pelaksanaan AATHP yang berkesan.

Terdahulu, Oh mengagihkan 6,000 topeng mulut dan hidung kepada pengunjung pasar Bayan Baru di sini dalam majlis yang dianjurkan Pemuda Gerakan bahagian Bayan Baru. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd