• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Elektrik Tidak Akan Naik Sehingga Tahun Depan

oleh AK-47
08/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik semasa dalam negara tidak akan dinaikkan sehingga tahun depan, kata badan kawal selia sektor tenaga negara, Suruhanjaya Tenaga.

“Kita akan kekalkan tariff sehingga tahun depan, dan selepas itu mungkin akan menyemak semula kos penjanaan sebenar, dan akan membuat cadangan tertentu kepada pihak kerajaan,” kata pengerusinya Datuk Abdul Razak Abdul Majid kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga dengan Tiga Rakan Dialog (SOME +3) sempena Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Tenaga dan Mesyuarat Berkaitan kali ke-33 (AMEM ke-33) 2015, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga tidak membayangkan perubahan dasar terhadap pengguna domestik, yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kw/jam.

Pada masa ini katanya kadar tariff elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah berbanding negara ASEAN lain seperti Singapura dan Filipina.

Pada 11 Feb lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mengumumkan keputusan Kabinet untuk menurunkan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen setiap kilowatt/jam untuk pengguna di Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Sementara itu ditanya mengenai kebergantungan terhadap penggunaan bahan api seperti arang batu, minyak, gas asli dan hidro pada masa depan, Abdul Razak berkata negara masih perlu mengimbangi gabungan semua komponen tersebut memandangkan penggunaan tenaga boleh baharu hanya dijangka mencapai lima peratus menjelang 2020. – BERNAMA

Tags: elektrikTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd