• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Indonesia Perlu Ambil Tindakan – Najib

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN (Itali) – Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menjadi dalang penyebab jerebu yang bukan sahaja menjejaskan kualiti udara di Malaysia tetapi juga ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata hanya Indonesia sahaja dapat memastikan dan membuktikan sama ada keadaan jerebu disebabkan aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negara itu atau kesan daripada perubahan cuaca.

Menurutnya pihak Indonesia sahaja boleh memperoleh bukti daripada syarikat perladangan yang beroperasi di negara itu yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka.

“Perlu pastikan sama ada jerebu disebabkan perbuatan manusia atau kebakaran berlaku disebabkan cuaca kering,” katanya ketika mengulas keadaan jerebu di negara kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Milan.

Beliau berkata penyelesaian kepada masalah jerebu memerlukan kerjasama erat antara Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam mewujudkan pelan tindakan yang lebih berkesan.

“Ia mengambil kira perjanjian yang dibuat antara ketiga-tiga negara dalam menangani isu jerebu.

“Malaysia bersama-sama Singapura dan Indonesia masih berusaha untuk menterjemahkan perjanjian tersebut dalam bentuk tindakan yang sesuai supaya perkara tersebut tidak berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: JerebuNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd