• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Indonesia Perlu Beri Pampasan Kepada Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata saban tahun Malaysia menghadapi masalah jerebu yang berpunca dari Indonesia dan sehingga kini masalah itu masih belum berjaya diselesaikan.

image
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun

Katanya keadaan udara yang kembali berjerebu setiap tahun menyebabkan perniagaan oleh penjaja merosot sehingga 30 peratus, kos perubatan meningkat serta sekolah terpaksa ditutup dan jumlah kedatangan pelancong menurun.

“Saya fikir kita perlu meminta mereka (kerajaan Indonesia) memberi pampasan. Bagaimanapun, kos kerugian sebenarnya sukar ditafsirkan,” katanya.

Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian kepada pemberita pada majlis perhimpunan pesta kuih bulan/tanglung di sini, malam tadi.

Jerebu sekali lagi ‘menyelubungi’ dan mencemari ruang udara Malaysia dan Singapura, berikutan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa dan pulpa di beberapa wilayah di Indonesia, antaranya Sumatera, Kalimantan dan Riau. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd