• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Aksi Piala Malaysia Malam Ini Ditunda Susulan Jerebu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 yang dijadual malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 iaitu tahap tidak sihat.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang memegang hak penganjuran Piala Malaysia 2015 dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan komisioner perlawanan memutuskan untuk menunda perlawanan berkenaan kerana bimbang keadaan jerebu ketika ini boleh memudaratkan pemain di venue terlibat.

Perlawanan yang ditangguh ialah aksi kumpulan A antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu dan aksi kumpulan B antara Angkatan Tentera Malaysia dan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua perlawanan kumpulan D turut ditunda membabitkan pertemuan antara PDRM dan Pahang di Stadium Shah Alam serta perlawanan PKNS FC dan Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Susulan penundaan perlawanan berkenaan, hanya satu perlawanan akan berlangsung malam ini membabitkan pertemuan dalam kumpulan C antara T-Team dan Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia akan menentukan tarikh baharu untuk empat perlawanan berkenaan diadakan semula.

Untuk rekod, perlawanan kumpulan A Piala Malaysia antara JDT II dan Kedah di Johor Baharu pada 26 Sept lepas turut ditunda kerana masalah jerebu. – BERNAMA

Tags: JerebuPiala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd