• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Cemar Hak Asasi Manusia – AMK

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara keputusan mahkamah tidak menyebelahi pembangkang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuduh hakim di Malaysia melanggar hak asasi manusia.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes melibatkan Setiausaha Kerja PKR Johor, R. Yuneswaran merupakan titik hitam buat negara.

“Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Yuneswaran bahawa beliau bersalah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan himpunan Black505 di Johor menafikan keputusan bersejarah kes Black505 saya sebelum ini.

“Suatu titik hitam dalam perkembangan hak asasi manusia negara. Adakah trend ini akan berkekalan dengan persaraan seorang demi seorang hakim-hakim berani sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ironinya, parti pembangkang akan memuji-muji keputusan mahkamah sebagai adil dan telus jika sebarang keputusan yang dibuat menyebelahi mereka sebelum ini.

Mahkamah Rayuan semalam membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Setiausaha Kerja PKR Johor, R. Yuneswaran daripada tuduhan berhubung penganjuran himpunan Black505, dua tahun lalu.

Dalam kes yang menjadi nas undang-undang itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif berpuas hati bahawa wujud bukti keterangan mencukupi bagi menyokong pertuduhan terhadap Yuneswaran.

Kuorum tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengenakan denda RM6,000 atau penjara tiga bulan terhadap Yuneswaran sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya daripada sabitan dan hukuman tersebut.

Keputusan itu sekali gus menjadikan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang telah diisytiharkan melanggar Perlembagaan kini boleh digunakan semula untuk menghukum penganjur yang gagal memberikan notis kepada pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK

Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK

10/06/2024
1

Putrajaya disaran supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kewarganegaraan di Sabah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Angkatan Muda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd