• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK

oleh AK-47
10/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Tubuh JK Khas Tangani Isu Warga Tanpa Negara Di Sabah – AMK
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya disaran supaya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kewarganegaraan di Sabah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), berkata isu warga tanpa negara khususnya membabitkan Bajau Laut adalah perkara kompleks.

Katanya, mereka berdukacita dengan pengusiran dan pemusnahan beberapa kampung komuniti Bajau Laut baru-baru ini yang bukan saja bertentangan dengan nilai manusiawi tetapi juga mencemarkan nama negara.

“Isu ini memerlukan penyelesaian bersifat konstruktif dengan mengambil kira kepentingan semua pihak dan mengutamakan pandangan setempat khususnya rakyat negeri Sabah.

“Untuk rekod, rata-rata Bajau Laut adalah warga tanpa negara dalam erti kata orang tiada kewarganegaraan di mana-mana negara. Menurut anggaran aktivis lapangan satu pertiga populasi Sabah adalah warga tanpa negara.

“Justeru, usaha dalam mendepani permasalahan ini, kami mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan pihak berkuasa, ketua masyarakat setempat, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih komprehensif,” katanya dalam kenyataan bersama, hari ini.

Pada 5 Jun, NGO Borneo Komrad mendakwa etnik Bajau Laut di Semporna, Sabah diusir pihak berkuasa dengan rumah atas air yang dihuni mereka diroboh dan dibakar.

Pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang mendakwa operasi itu melibatkan etnik Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna, antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan.

Sementara itu, AMK dan MKM berkata mereka yakin penyelesaian isu kewarganegaraan adalah keutamaan buat kerajaan ini.

Kata mereka, usaha itu perlu dibuat demi mengangkat rukun ihsan dalam Malaysia Madani serta prinsip keadilan sosial yang dijulang PKR.

-Malaysia Kini

Tags: AMKIsu Warga Tanpa NegaraSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

23/04/2026
0

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd