NAMPAKNYA frasa ‘Customer Is Always Right’ atau ‘Pelanggan Sentiasa Betul’ tidak boleh diamalkan dalam semua situasi dan perkara.
Lagi-lagi, jika terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang bersikap kurang ajar dan biadap.
Senang cakap, siapa-siapa yang mengalaminya pun tidak boleh tahan dan terima!
Itulah yang dirasai oleh seorang jurugambar wanita yang bengang apabila dilabelkan sebagai bodoh oleh seorang pelanggannya menerusi aplikasi WhatsApp.
Walhal, ketika itu jurugambar tersebut menyoal dengan baik dengan bertanyakan mengenai tentang majlis yang ingin diadakan.
Tidak sekadar hanya dicaci bodoh, pelanggan tersebut sangat biadap dan sempat memerli fotograher tersebut.
“Majlis kahwin la kak. Bodoh ke apa? takkan majlis orang mati pulak,” ujar pelanggan tersebut.
Geram melihat sikap pelanggan tersebut, jurugambar tersebut kemudian bertindak menolak permintaan pelanggan tersebut yang mahu mendapatkan perkhidmatannya.
Pada masa yang sama, jurugambar tersebut sempat memerli pelanggannya yang disifatkan sebagai individu yang tiada adab.
Alahai, perkara-perkara sebegini tidak sepatutnya. Tambahan pula, rasanya sejak dari kecil lagi kita diajar untuk menghormati sesama manusia.
Semoga perkara sebegini menjadi pengajaran buat individu tersebut. – MYNEWSHUB.CC



