• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Berdepan Laluan Sukar Ke Final Piala AFC 2015

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk layak ke final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 setelah tumpas 1-3 kepada juara bertahan, Qadsia SC dari Kuwait pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Kelab Sukan Kuwait, pada awal Rabu.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu pada 20 Okt ini.

Pada perlawanan disiarkan secara langsung itu, Qadsia membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi Fuakuputu Doris Salomo yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut rakan sepasukan.

Pasukan tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Bader Al-Almotawaa selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Qadsia meneruskan asakan ke kubu JDT dan mereka berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 menerusi percubaan luar kotak penalti pemain import dari Guinea, Seydouba Soumah.

Skuad Harimau Selatan berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Mohd Amri Yahyah yang memanfaatkan hantaran daripada Leandro Velazquez.

Keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil, Ko Hyung Jin dari Korea Selatan.

Barisan Pemain:
—————-
QADSIA SC: Ahmed Alfadhli, Dhary Saeed, Khaled Ebrahim Hajiah, Rashid Sumaila, Sultan Alenezi, Fahed Al Ebrahim, Bader Al Almotawaa (kapten), Seydouba Soumah, Abdulaziz Alenezi (Ahmad Aldhefiri), Faisal Abdullah, Fuakuputu Doris Salomo (Ahmad J A H Zanki).

JDT: Izham Tarmizi Roslan, Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunalan, Muhammad Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Gary Steven Robbat (Mohd Amri Yahyah), Hariss Harun (Amirulhadi Zainal), Mahalli Jasuli, Leandro
Velazquez, Safee Sali.

Pengadil: Ko Hyung Jin (Korea Selatan)

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=qUxEPPWXBg0

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd