• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd. Naim Timbalan CEO Operasi KWSP

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Datuk Mohd. Naim Daruwish sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi yang baharu berkuatkuasa esok.

KWSP dalam satu kenyataan media memberitahu, Mohd. Naim, 54, menggantikan Datuk Ibrahim Taib yang bersara setelah berkhidmat selama 22 tahun di KWSP.

“Mohd. Naim akan bertanggungjawab terhadap hal ehwal operasi KWSP seperti caruman, pengeluaran, perkhidmatan pelanggan, penguatkuasaan dan undang-undang.

“Beliau juga akan mengawasi fungsi penyampaian perkhidmatan dan operasi cawangan-cawangan KWSP di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mohd. Naim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Malaya.

Beliau mula berkhidmat di KWSP pada 1992 sebelum dipinjamkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari Disember 2011 hingga September 2014.

“Ibrahim pula telah berjaya melaksanakan transformasi dalam bidang operasi dan perkhidmatan pelanggan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar majikan tidak mencarum yang kini berada di bawah dua peratus,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: JawatanKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd