• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matt Nasihat Rakan Artis Supaya Tak Dedah Seksualiti

oleh AK-47
01/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAKU pelakon yang terlebih dahulu makan garam dengan liku-liku perjalanan seorang selebriti Hollywood, Matt Damon menasihatkan kepada selebriti lain agar jangan sesekali mendedahkan kecenderungan seksualiti masing-masing kepada pihak umum.

Di sana budaya Lesbian, Gay, Transeksual dan Biseksual (LGBT) adalah sangat terbuka malah beberapa selebriti seperti Ricky Martin, Wentworth Miller, Neil Patrick Harris, Sam Smith, Elton John, Ellen Page dan Ellen DeGeneres mengakui mereka merupakan seorang ‘homoseks’.

Ini kerana menurut Matt, sekiranya mengakui diri mereka merupakan seorang pengamal seks sejenis ia adalah sangat sukar bagi menepis tanggapan orang ramai yang sentiasa mahu mengetahui kisah percintaan seseorang selebriti itu.

“Saya rasa ia pasti sangat sukar untuk mengakui secara umum. Sebelum ini saya dan Ben Affleck pernah digosipkan mempunyai hubungan sejenis.

“Bagi saya sebagai selebriti, adalah lebih baik segala hal peribadi dirahsiakan daripada pengetahuan peminat dan media.

“Sama ada anda adalah straight atau gay, orang luar tidak sepatutnya mengetahui perkara itu memandangkan ia merupakan satu perkara yang sepatutnya menjadi rahsia diri anda sendiri,” katanya dipetik akhbar Guardian.

Matt Damon dan rakan baiknya, Ben Affleck pernah digosip menjalinkan hubungan sejenis gara-gara keakraban mereka. Mereka sememangnya berkawan baik dari kecil dan hubungan mereka boleh diibaratkan seperti ‘bromance’.

Pelakon berusia 44 tahun itu kembali beraksi dalam filem terbaharu The Martian yang akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 2 Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hollywoodmyArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd