• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Tidak Sedar Pelbagai Kelajuan Internet Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang Internet yang perlahan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahu perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang Patah daripada DAP itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet Malaysia yang lemah.

“Sebenarnya ada pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia, namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps hingga 1 Mbps,” katanya dalam posting terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.my pada Isnin.

Bagaimanapun, Salleh berkata, meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun majoriti pelanggan biasanya akan tertarik melanggan pakej yang lebih murah, justeru kelajuan langganan mereka lebih perlahan.

Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5 Mbps, Salleh berkata Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan Internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

“Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan Internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.

“Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu memanfaatkannya, manakala Internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah,” katanya.

Sambil membidas Kit Siang kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.

“Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan ada akses kepada Internet. Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps,” katanya.

Semalam, dengan mengambil kesempatan daripada laporan berita berhubung kedudukan Malaysia yang lemah dari segi kelajuan Internet, Kit Siang dilaporkan menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia. – BERNAMA

Tags: Lim Kit SiangSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd