• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Meteorologi Siap Sedia Lakukan Pembenihan Awan

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia bersiap sedia melakukan pembenihan awan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal pada tahap tidak sihat antara 101 dan 200 selepas 72 jam, bermula petang semalam.

Pegawai Meteorologi Kanan Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata tinjauan bermula pada 5 petang semalam mendapati beberapa kawasan mencatat IPU melebihi 100.

“Kalau keadaan ini berterusan selama 72 jam atau tiga hari berturut-turut maka operasi pembenihan awan akan diaktifkan mengikut prosedur yang ditetapkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ketampakan rendah berlaku di bahagian barat Sarawak dengan jarak 500 meter dan kawasan pedalaman di Pahang merekodkan jarak penglihatan paling minimum sejauh satu kilometer setakat petang ini.

“Dalam tempoh dua atau tiga hari, hujan berkurangan terutama di kawasan yang terjejas jerebu dan keadaan ini akan kembali reda pada awal Oktober disertai dengan taburan hujan yang lebih banyak dan menyeluruh di seluruh negara,” kata Mohd Hisham.

Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata taufan Dujuan dari Filipina yangmempengaruhi tiupan angin berjerebu dari Sumatera dan Kalimantan sedang bergerak ke timur China dan dijangka ‘melemah’ di kawasan itu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.

Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).

Petaling Jaya dan Putrajaya yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat pada pagi tadi menurun ke tahap tidak sihat iaitu masing-masing 196 dan 193.

Selain dua kawasan itu, 14 kawasan lain turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (186), Banting (181), Cheras (176), Kuala Selangor (163), Tanjung Malim (150), Samarahan (145), Seremban (141), Kuching (133), Nilai (131), Sri Manjung (126), Port Dickson (125), Jerantut (123), SK Jalan Pegoh, Ipoh (106) dan Bukit Rambai (101).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

 

 

Tags: HujanJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd