• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shah Alam, Pelabuhan Klang & Batu Muda Catat IPU Sangat Tidak Sihat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Batu Muda dikategorikan sebagai sangat tidak sihat setakat 8 pagi ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan masing-masing bacaan melebihi 200.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam merekodkan IPU tertinggi pada 243, diikuti Pelabuhan Klang (229) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (224).

Asap jerebu menyelubungi ibu negara pagi ini yang menurut ramai warga kota menjejaskan jarak penglihatan selain mengundang masalah pernafasan.

Menurut JAS, Cheras di Kuala Lumpur dengan bacaan IPU 168 merupakan antara 16 kawasan yang mencatat IPU tidak sihat pagi ini, selain Petaling Jaya, Selangor dengan bacaan 199 yang menghampiri tahap IPU sangat tidak sihat serta pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya (187).

Di Sarawak, tiga kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (182), serta Kuching dan Samarahan masing-masing dengan bacaan 140.

Di Selangor, Banting merekodkan IPU 178, diikuti Kuala Selangor (164).

Di Negeri Sembilan, IPU di Seremban adalah 152, diikuti Nilai (140) dan Port Dickson (133), manakala IPU 110 dan 103 dicerap di dua kawasan di Melaka iaitu Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka.

Kawasan lain yang turut mencatat IPU tidak sihat adalah Tanjung Malim (131) dan Sri Manjung (116) di Perak, serta Jerantut, Pahang (115).

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my. – BERNAMA

 

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd