• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Mahu Rogol Artis, Jamal Buat 17 Laporan Polis

oleh AK-47
26/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Jamal Md. Yunos pada Rabu membuat 17 laporan polis berhubungan pelbagai dakwaan liar kepadanya yang disifatkan oleh beliau sebagai fitnah dan tohmahan.

Salah satu laporan yang dibuat adalah berkenaan dakwaan menerusi media sosial dan blog yang mendakwa beliau konon ingin merogol seorang artis tempatan, Eina Azman.

“Memang saya kenal ramai artis kerana saya juga mempunyai perniagaan dalam bidang hiburan tetapi kami sekadar berkawan. Tidaklah sampai hendak melakukan perkara-perkara tak elok,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, membuat laporan polis mengenai satu dakwaan dari sebuah blog yang memaparkan gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Blog itu mendakwa beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu konon menerima wang berjumlah RM3 juta daripada Najib, menurut laporan portal TheRakyatPost.

“Saya menafikan yang saya terlibat seperti apa yang didakwa dalam media sosial mengenai Eina Azman, saya hendak ludah Tun Mahathir, terima RM3 juta untuk anjur himpunan dan macam-macam lagi.

“Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab,” katanya yang dipetik MalaysiaKini.

Dalam pada itu, Jamal meminta semua pihak agar tidak mudah untuk mempercayai berita yang tersebar itu, sebaliknya beliau mahu mereka berfikir secara logik sebelum menerimanya bulat-bulat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: Baju Merahfitnahpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd