• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjelasan Di Sebalik Arahan Turunkan Jalur Gemilang Di Johor

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENCETUSKAN persoalan orang ramai di media sosial gara-gara satu gambar surat rasmi yang dikeluarkan Pejabat Daerah Johor mengarahkan semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Surat arahan berkenaan yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dipercayai diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selepas sambutan Hari Malaysia telah berakhir.

“Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai.

“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan.

jdt2

jdt2

Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri dalam Malaysia.

Bagaimanapun menurut laporan Malaysiandigest, kerajaan negeri Johor telah menjelaskan bahawa arahan tersebut sebenarnya merujuk kepada bendera bersaiz kecil dan hiasan-hiasan bendera yang digantung pada bangunan, tepi jalan dan juga pagar rumah kediaman sempena sambutan Hari Malaysia tempoh hari dan bukannya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan jabatan-jabatan rasmi di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: jalur gemilangJohorSultan JohorTMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd