• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Ini Asyik Menang Lawan ‘Gunting-Kertas-Batu’

oleh
27/09/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Makmal Ishikawa Watanabe membuktikan bahawa teknologi robotik berkembang sangat pesat hingga mampu ada robot suit atau permainan adu jari (gunting-kertas-batu) yang tidak mungkin kalah lawan manusia.

Secara umum, sebagaimana dipetik portal ICT terkenal BGR, baru-baru ini, robot tangan buatan makmal Jepun yang bergabung dengan Universiti Tokyo ini menggunakan kamera dan teknologi pengesan gerakan ultra pantas.

Dengan kombinasi kedua-duanya, robot suit ini mampu meramal bentuk jari tangan yang akan dibentuk oleh si lawan. Hebatnya, robot ini juga langsung bereaksi mengeluarkan bentuk jari yang mengalahkan manusia sendiri.

“Dalam versi ini, kami memasukkan teknologi jejak berkecepatan tinggi ‘1ms Auto Pan-Tilt‘ dan ‘Lumipen 2‘ sebagai cara untuk memperluas daya tangkap daripada sistem penglihatan berkecepatan tinggi,” ujar mereka.

Baca: Robot Jelita Sambut Tetamu Kompleks Beli-Belah Jepun

Juga: Robot Jadi Teman Hidup Popular Warga Jepun

“Hasil teknologi tersebut, menambah kemampuan sistem untuk secara dinamik mengesan tangan manusia dan mengenali bentuknya dalam mood kecepatan tinggi, tanpa perlu si robot memperhatikan pergerakan tangan.

“Kecanggihan teknologi ini juga mampu meningkatkan sinkronisasi atau corak keharmonian antara gerakan pantas jari tangan robot dan tangan manusia,” jelas jurucakap makmal berkenaan kepada media tempatan.

Ujikaji pihak makmal berkenaan agak menakjubkan apabila ia menang kesemua 100 peratus perlawanan dengan manusia termasuk kalangan pemain adu jari paling pakar di Jepun sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunrobot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd